Quantcast
Channel: Obes – Pengedar Shaklee Kota Kinabalu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15

Wanita Yang Lambat Mengandung Kali Pertama Berisiko Untuk Ada Cyst Ovari

$
0
0

Wanita Yang Lambat Mengandung Kali Pertama Berisiko Untuk Ada Cyst Ovari

Cyst adalah sejenis ketumbuhan berbentuk dalam badan yang selalunya bukan kanser. Cyst ni boleh tumbuh kat mana-mana bahagian badan dan boleh mengandungi apa-apa cecair termasuk darah atau cecair dalam tisu. Antara banyak-banyak cyst ni, cyst yang sering terjadi kepada wanita dan menjadi punca ketakutan wanita ialah cyst pada ovari dan payudara.

Walaupun cyst ni dikatakan tak bahaya, namun benda ni ialah yang tak normal dalam badan. Selalunya cyst hanya dipantau, kalau saiznya meningkat, mungkin perlu dibedah.

Yang pertama, jika ditanya wanita yang diuji dengan cyst, tentulah jawapan mereka tak nak penyakit itu kan? Namun, sesuatu yang terjadi tentu ada sebab dan hikmahnya. Kalau mereka tahu perkara-perkara ini boleh meningkatkan risiko cyst, dah tentu mereka tak nak buat kan?

Nak tahu tak apa benda yang boleh meningkatkan risiko cyst?

bahaya cyst ovari

8 Punca Yang Meningkatkan Risiko Cyst Ramai Wanita Tak Sedar

1. Pengambilan produk kecantikan

Produk kecantikan ni termasuk lah yang makan, produk skincare dan juga produk kosmetik. Tentu ramai dah tahu yang cyst ni meningkat bila hormon tak stabil, terutamanya hormon estrogen yang melebihi hormon progesteron.

So, tak boleh ambil produk untuk cantik la?

Kebanyakannya bukanlah kerana bahan aktif dia, tapi bagaimana produk tu dibuat. Sebab bahan pengawet atau bahan yang dicampur dalam produk tu mungkin boleh menyebabkan kecelaruan hormon.

Jadi, pilihlah produk yang dijamin selamat dan berkesan. Lagi bagus kalau ada kajian ke atas produk tu.

2. Pengambilan makanan berasaskan haiwan

Zaman sekarang ni manusia semakin ramai dan sumber makanan semakin sedikit, sebab tu bidang pertanian dan perladangan perlu hasilkan makanan dengan lebih cepat.

Makanan yang diberi kepada haiwan ternakan mungkin ditukar kepada dedak. Hormon mungkin digunakan supaya haiwan cepat membesar dan penggunaan antibiotik untuk memastikan haiwan tu terhindar penyakit.

Namun, kemajuan teknologi ni ada harga yang perlu dibayar oleh hormon wanita.

3. Stress dan tekanan perasaan

Stress ni sebenarnya boleh menyebabkan hormon bercelaru, atau kecelaruan hormon boleh menyebabkan stress.

Stress ni bukan saja berkait dengan hormon wanita, tetapi juga dikaitkan dengan pelbagai hormon lain yang boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit termasuk kencing manis dan kanser.

4. Terdedah dengan xenostrogen

Xenostrogen ni ialah istilah yang digunakan kepada bahan kimia yang menyerupai estrogen, tetapi tindakan dia lebih kuat daripada estrogen.

Xenostrogen ni terdapat dikeliling kita, termasuklah penggunaan bahan plastik, pencemaran di keliling kita dan penggunaan produk kosmetik dan skincare yang mengandungi bahan kimia bahaya.

5. Obesiti

Berat badan berlebihan atau obesiti ni bukan saja menjejaskan keyakinan diri, tetapi juga menganggu sistem hormon. Lemak yang berlebihan ini akan ditukarkan kepada estrogen dan ini secara tak langsung boleh meningkatkan estrogen dalam badan.

6. Merokok atau terdedah dengan asap rokok

Semua orang tahu rokok berbahaya kepada kesihatan dan rokok juga boleh menyebabkan berlaku kecelaruan hormon. Rokok ini bukan sahaja bahaya kepada wanita jika dia sendiri merokok, tapi juga jika dia terdedah kepada asap rokok.

7. Mengandung kali pertama bila usia makin meningkat

Sekarang ni ramai wanita yang pentingkan kerjaya dan lambat kahwin, jadinya lambat berkahwin dan lambat mengandung. Wanita yang lambat mengandung sebenarnya terdedah kepada hormon estrogen dalam tempoh yang lebih lama.

Ini juga termasuk wanita yang datang haid awal dan lambat putus haid.

Sebab itu, wanita yang melahirkan anak yang ramai, risiko untuk penyakit berkaitan hormon wanita termasuklah cyst dan kanser adalah rendah.

8. Genetik

Isu genetik juga tak terkecuali daripada menjadi penyebab cyst. Cyst lebih cenderung untuk terjadi dalam 1 keluarga. Namun, sebenarnya bukan bermaksud jika mak anda ada cyst, maka anda mesti akan ada cyst dan jika mak anda tak ada cyst maka anda tak akan dapat cyst.

Namun, mungkin cyst terjadi dalam keluarga kerana keluarga itu memiliki genetik yang meningkatkan risiko untuk terjadinya cyst.

Jadinya, amalan gaya hidup yang sihat sangat penting untuk memastikan gen ini tak aktif.

Ikhtiar Untuk Kecutkan Cyst Dan Kurangkan Risiko Cyst

Saya boleh bantu anda untuk mengurangkan risiko cyst dan juga bantu untuk stabilkan hormon anda dan in sha Allah boleh bantu untuk kecutkan cyst.

Hubungi saya sekarang ni 012 621 1883, atau direct wasap

www.wasap.my/60126211883

www.wasap.my/60126211883

www.wasap.my/60126211883

 

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15

Latest Images

Resipi Pindang Ikan Bolu

Resipi Pindang Ikan Bolu

Beraya 1 Syawal 1445H

Beraya 1 Syawal 1445H

Beraya 1 Syawal 1445H

Beraya 1 Syawal 1445H

Beraya 1 Syawal 1445H

Beraya 1 Syawal 1445H

Beraya 1 Syawal 1445H

Beraya 1 Syawal 1445H

Beraya 1 Syawal 1445H

Beraya 1 Syawal 1445H

2 Syawal 2024 | Khamis

2 Syawal 2024 | Khamis

2 Syawal 2024 | Khamis

2 Syawal 2024 | Khamis

Cuti Raya & Balik Raya

Cuti Raya & Balik Raya

Cuti Raya & Balik Raya

Cuti Raya & Balik Raya